Wanita Berang Sikap 'Double Standard' Pihak Berkuasa.

Panas!! Kereta VIP Tak Kena Clamp?? Wanita Tak Puas Hati Kereta Kena 'Clamp'

Seorang wanita telah meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati apabila kereta beliau telah di 'clamp' oleh pihak berkuasa DBKL.

Manakala kereta di hadapan beliau yang mempunyai logo dipercayai milik VIP tidak di clamp. Kenapa perlu ada double standard?

Wanita itu telah mengirim gambar berkenaan di laman twitter nya dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Wanita ini sebenarnya memang sepatutnya beliau dikenakan tindakan kerana parking kenderaan yang tidak sepatutnya. Tetapi mengapa milik VIP di hadapannya tidak langsung di sentuh.

Kereta saya kena apit sebab salah parkir. Tak apa. Tapi kereta VIP berada di situ sebelum saya, juga diparkir secara salah, tidak disentuh?” Soal wanita itu menerusi laman Twitter.
Perkongsian beliau menjadi viral dan lebih 15,000 retweet diterima.
Kereta yang dimaksudkan memakai logo (badge) VIP Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM Bukit Aman) — Ahli kehormat VIP.
Isu ini telah mendapat perhatian oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau menegaskan bahawa, logo di kenderaan tersebut bukannya logo PDRM. Logo itu boleh dibeli dimana-mana sahaja dan sesiapa ajer.
Walaupun penjelasan telah diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan namun hampir dua jam, kenderaan yang dimaksudkan telah pergi tanpa ada sebarang tindakan atau saman dikeluarkan oleh pihak DBKL. 
Hampir semua kereta yang parking disitu menerima tindakan saman. Hanya kereta milik VIP itu sahaja yang tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Kenapa harus ada double standard di dalam menjalankan kewajipan dalam.melaksanakan undang-undang? Tepuk dada tanya selera..


No comments