5 Foto Baby Bump Dato Siti Nurhaliza Dan Majlis Kenduri Kesyukuran Menyambut Cahaya Mata.

Tahniah!! Setelah Menanti 11 Tahun, Akhirnya Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan.

Satu majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan oleh Dato Siti Nurhaliza dan telah membuat pengumuman rasmi kenapa beliau menyepi selama ini daripada kariernya.

Pelbagai spekulasi timbul, akhirnya penyanyi popular tanahair itu telah mengumumkan bahawa beliau sedang berbadan dua.


Dato Siti sekarang sedang hamil 4 bulan.

"Saya melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dan suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada semua bahawa alhamdulillah saya hamil empat bulan,” ujar Siti dengan penuh rasa kesyukuran.

Dato Siti juga mengakui bahawa dia melalui rawatan di sebuat pusat perubatan dan bertekad untuk berehat buat sementara waktu dan tidak mengambil apa-apa undangan nyanyian.

Beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada rawatan terlebih dahulu.

“Alhamdulillah ALLAH memberikan saya rezeki ketika umur saya 38 tahun ini dalam ulangtahun perkahwinan yang ke-11 dan inilah sebenarnya usaha saya,” jelasnya lagi.

Rehat yang cukup disamping menjaga kesihatannya sendiri amatlah penting demi cahaya mata yang diimpikan selama ini.

Di akhir kata beliau, dia dan suami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas doa dan sokongan dari semua pihak.

Kami semua juga mendoakan kesihatan yang baik buat Dato Siti dan bayi di dalam kandungan nya... 

No comments