Tak Disangka Rahsia Pelakon Popular Van Damme Kekal Sado Dan Sihat Adalah Meniru Cara Hidup......

Pelakon Aksi Popular Hollywood Van Damme Jadikan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Idola. Puncanya Apabila Beliau....

Seorang pelakon aksi popular di Hollywood Jean Claude Van Damme adalah pelakon yang memang terkenal dengan aksi-aksi stunt yang ngeri dan berbahaya. Beliau berasal dari Belgia.

Walaupun umurnya mencecah 55 tahun, namun Van Damme kelihatan sado dan sihat. Namun tak disangka, beliau mencontohi amalan hidup Nabi Muhammad saw tentang bab-bab pemakanan.

Di dalam sebuah wawancara, Van Damme telah ditanya bagaimana beliau menjaga kesihatan dan cara pemakanan yang sihat? Beliau mengakui bahawa beliau mengikuti sepenuhnya pola pemakanan yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad saw.

Beliau berkata, 

Bacalah.. Buku-buku dari Muslim, banyak perkara-perkara baik yang boleh dicontohi di situ. Nabi Muhammad sangat cerdas,” ungkap Van Damme diawal penjelasannya.

Nabi Muhammad saw adalah seorang yang begitu cergas dan dapat mengetahui apa yang baik dan yang tidak baik bagi tubuh manusia. 

Belliau juga berpendapat bahawa, Rasulullah memberi contoh yang baik seperti menjauhkan dari memakan atau meminum yang mengandungi kandungan yang tidak baik. Ujar beliau lagi salah satu contoh yang tidak baik ialah alkohol.

Beliau (Nabi Muhammad) mengetahui apa yang baik untuk masa depan, mengenai tubuh,” tambah Van Damme lagi.

Bukan hanya mengikuti gaya hidup ala Rasulullah, Van Damme juga menyeru agar peminat-peminatnya untuk membuktikan sendiri manfaat baik dari meniru gaya hidup Rasulullah. 

Bagi Van Damme, semua yang diperlukan untuk menjaga kesegaran tubuh badan telah ada dalam ajaran mengenai pola pemakanan sihat yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.
Percayalah pada saya, kamu mendapatkan semua yang kamu perlukan di situ,” nasihat Van Damme.

No comments