PPIM Terima Dana RM500,000 Dari TPM. Apakah Tujuan Sebenar Dana Itu?

PPIM Terima Dana RM500,000 Dari TPM. Apakah Tujuan Sebenar Dana Itu?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa beliau akan meyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 krpada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Beliau menyatakan sedemikian ketikea berucap di Forum Pengguna Islam Malaysia ke 7 2017. Beliau juga mengatakan bahawa sumbangan itu bertujuan supaya PPIM akan terus bergerak aktif untuk terus berkhidmat pada masyarakat.

"Dengan ini, saya mengumumkan bantuan one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.

"Saya bukan hanya tahu cakap, kemudian lupa. Janji yang saya buat, saya tepati. Ambil duit minggu depan," katanya sambil berseloroh.

Beliau juga akan berjumpa dengan PPIM setiap minggu untuk terima laporan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh PPIM.

"Janganlah buat baju pula. Sudah dapat dana, perlu jalankan aktiviti dan laporkan kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said."

"Usul resolusi yang dibawa oleh PPIM harus dilaksanakan. Di luar sana, ramai yang masih harapkan kita," katanya lagi.

Tahniah PPIM. Semoga dengan sokongan dari TPM ini akan membuatkan PPIM akan terus berkhidmat untuk masyarakat yang teraniaya. 


No comments