Subhanallah..VIDEO Anak Kecil Ini Cacat Penglihatan Dan Pengidap Mild Autisme Namun Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun.

Subhanallah... VIDEO Anak Kecil Ini Cacat Penglihatan Dan Pengidap Mild Autisme Namun Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun.

Semenjak dilahirkan, Ahmad Aqeel BinMohammad Noor,5 telah disahkan menghidap penyakit saraf. Ini telah menyebabkan Aqeel tidak mempunyai bebola mata di sebelah kanan manakala sebelah kiri mata beliau hanya bewarna putih sahaja.

Ketika Aqeef berusia 6 bulan, bapanya Mohammad Noor menyedari bahawa anaknya Aqeel telah semakin aktif. Kadangkala, Aqeel suka mengamuk dan sering menghantukkan kepalanya.

Apabila melihat perubahan itu, mereka segera merujuk kepada pakar psikologi di Kajang. Pakar itu telah memberitahu bahawa Aqeel telah menghidap penyakit yang lain pula.

"Keputusan ujian telah menunjukkan Aqeel disahkan autisme (mild). Kami berdua redho dengan keputusan ujian ini." ujar kedua ibu bapa Aqeel.

Kebesaran Allah mengatasi segala-galanya apabila mereka menyedari bahawa Aqeel mempunyai kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya. Aqeel berjaya menhhafaz surah Yasin seawal umurnya 3 tahun.

"Sampailah satu hari ketika membaca surah Yasin, Aqeel secara tiba-tiba menyambung bacaan saya sehingga surah Yasin itu habis. Ketika itu Aqeel baru berusia 3 tahun."

Faiz dan isteri telah berkongsi cara-cara mendidik anak menghafaz Al-Quran. Semoga dengan perkongsian ini menjadi rujukan buat semua para ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini.
Menurut mereka lagi, bukan mudah untuk menerima dugaan sebegini besar namun, segalanya berubah apabila mereka berdua telah berjumpa dengan seorang kaunselor, Encik Mohd Hafiz Halim. Mereka telah bangkit dari kesedihan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Encik Hafiz telah menjemput saya dan isteri ke rumahnya untuk melihat sendiri kehidupan Aqeel" ujar bapa Aqeel.

Semoga Aqeel menjadi anak yang soleh.

No comments