Seorang Datuk Disyaki Menipu Che Ta!!

Che Ta Di Tipu !



Tak sangka.. Seorang yang ternama seperti Rozita Che Wan pun menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang bergelar datuk.

Pelakon popular itu mendakwa ditipu apabila cuba menjalinkan kerjasama dengan datuk tersebut bagi menghasilkan produk minyak wangi.

Menurut Rozita Che Wan atau lebih di kenali sebagai Che Ta memberitahu pada awalnya dia ingatkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi mangsa penipuan datuk tersebut, rupa-rupanya ada orang lain turut menjadi mangsa.



“Saya ingatkan seorang saja kena tipu, rupa-rupanya Aeril dan Wawa turut menjadi mangsa," katanya merujuk kepada pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Namun, menurut Che Ta, beliau tidak akan membuat laporan polis kerana malangnya tiada perjanjian bertulis antaranya dengan datuk tersebut.

Menurut Che Ta lagi, kisah penipuan datuk tersebut di ketahui dari laporan media dan yang pasti bukan dia sahaja yang menjadi mangsa. Che Ta telah beberapa kali meminta lelaki tersebut memulangkan kembali wangnya namun malangnya tiada maklum balas dari lelaki tersebut.

"Jadi saya malas nak perbesarkan isu ini,” katanya.

Che Ta juga mendedahkan sepanjang berniaga, inilah jumlah terbesar yang dia rugi akibat di tipu.

“Saya percaya doa orang teraniaya dimakbulkan Allah. Apabila saya reda, maksudnya saya halalkan duit itu. Biarlah dia menerima balasan daripada Allah.

“Hilang RM50,000 sekelip mata, Allah gantikan dengan rezeki lain pula. Cuma, saya terkilan dengan tindakannya yang sanggup berbuat sedemikian.


“Orang yang menipu ini hidupnya tidak tenang. Buktinya, sekarang dia menghilangkan diri dan tidak tahu berada di mana. Semua orang cari dia,” kata isteri Zain Saidin itu.

“Saya memang percayakan dia, tapi tak sangka pula dia sanggup ambil kesempatan ke atas saya.

"Mungkin sebab saya mudah percayakan orang, dia sanggup menipu saya," katanya.

Che Ta berkata lagi, dia memberi kepercayaan kepada datuk tersebut setelah melihat gaya hidup mewah lelaki tersebut. Namun tidak sangka akhirnya dia menjadi mangsa penipuan.

No comments