Video Tribute Rizalman Yang Menyentuh Perasaan.

Apabila menonton video tribute oleh Rizalman di laman instagramnya, admin menitiskan air mata kerana lagu di dalam video itu cukup menyentuh perasaan. 


Video ini berlatar belakangkan nyanyian dari Uji Rashid yang bertajuk 'Kalu Terakhir Ku Lihat Wajahmu' yang penuh kesyahduan dan begitu sedih.

Lirik yang terkandung di dalam video ini menyentuh jiwa dan tanpa sedari hampir semua pembaca menitiskan air mata.

Di ruangan kapsyen Rizalman, tujuan beliau bekongsi video ini bukanlah untuk menimbulkan provokasi tetapi ianya adalah perkongsian kita semua dan peringatan bahawa kehidupan kita semua amatlah rapuh.

Jom kita baca kapsyen Rizalman di laman instagram beliau.

Kerana kehilangan yang begitu hening ini kami di RIZALMAN begitu terusik hinggakan salah satu pekerja menyiapkan satu kupasan video tribute memperlihatkan bagaimana rindunya kami pada mereka yang telah pergi menemui Ilahi. 

Keakraban kami dan institiusi madrasah ini jelas kelihatan apabila saya juga pernah mengambil lokasi madrasah lama mereka serta penghuninya untuk sama2 berlakon bersama saya dan Umar di dalam cereka pendek saya yang bertajuk Pulang. 

Bukan tujuan saya untuk provokasi, cuma ingin berkongsi peringatan bahawasanya kehidupan kita ini begitu rapuh dan tiada menjanjikan apa2 melainkan pada mereka yang menyedarinya. 

Sudah terang mereka ini perjanjiannya syurga. Kita bagaimana?

No comments