Akhirnya, Naz Tampil Mohon Maaf.



Pengacara yang mencetuskan kontroversi berikutan tragedi tahfiz, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz, memohon maaf berikutan bahasa kasar semasa mengulas mengenai kenyataan Mudir  Tahfiz berkaitan mati syahid.

Nitizen rata-rata tidak senang dan menyerang Twitter beliau, memaksa beliau meminta maaf.

Namun permohonan maaf beliau hanya kerana kekasaran bahasa, bukan berkaitan piawai keselamatan pusat tahfiz berkenaan.




Memetik laporan mStar Online pula, Naz menyatakan apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut, tetapi dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar dan tidak mudah memberi alasan bagi menutup kejadian.

"Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.

"Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan."

"Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian," katanya.

Kenyataan beliau sebelum ini menjadi tular di laman Twitternya, @nazrudinrahman, 'Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don't know'.

Twit berkenaan telah menyebabkan nitizen bengang dengannya kerana menurut nitizen Naz tidak faham kan maksud pengetua berkenaan yang rapat dengan anak-anak muridnya.




No comments