“Nak suruh keluar macam mana kalau takde pampasan? Fikirlah sedikit encik. Tolonglah…rumah rakyat ni."

“Nak suruh keluar macam mana kalau takde pampasan? Fikirlah sedikit encik. Tolonglah…rumah rakyat ni."

Satu kekecohan berlaku pada pagi Rabu di kawasan perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang mencetuskan kekecohan antara penguatkuasa dan orang awam.

Sepasukan Polis Pasukan Smpanan Persekutuan (FRU) bergegas ke sana untuk meleraikan perbalahan. Ini disebabkan pihak penguatkuasa tersebut ingin merobohkan premis d situ.

Salah seorang dari mereka mendakwa bahawa pihak penguatkuasa tidak memberikan apa-apa pampasan untuk merobohkan premis mereka.

Beliau tetap bertegas dan enggan keluar dari tempat itu.

“Nak suruh keluar macam mana kalau takde pampasan? Fikirlah sedikit encik. Tolonglah…rumah rakyat ni.
“Kalau polis (FRU) ke tepi, tiada masalah, encik. Kita tak melawan dengan polis,” katanya menerusi video yang dirakam di tempat kejadian.

Di dalam video tersebut pihak berkuasa terbabit dilihat menggesa mereka berundur bagi melicinkan operasi mereka.
Operasi tersebit djalankan oleh Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Selangor.
Operasi mereka ini telah membangkitkan kemarahan ramai netizen dan tidak dapat diselesaikan secara aman.
Mstar memberitahu bahawa tanah tersebut adalah milik Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG) Putrajay. Perintah mahkamah telahpun dikeluarkan pada 8 September lalu untuk.mengosongkan premis di situ.
Tanah tersebut sudah dipajak kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) selama 60 tahun dan operasi pagi tadi (Rabu) diketuai oleh JKPTG Putrajaya sendiri."
“Sebenarnya, pihak terlibat telah diberi tempoh sehingga Ahad lalu untuk berpindah, namun arahan mahkamah itu tidak diendahkan,” jelasnya sambil menambah perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

No comments