Tiada Riak Penyelasan Di Wajah Suspek.
Macam tak ada perasaan. Itulah yang boleh di gambarkan dengan reaksi sekumpulan suspek yang di dakwa menjadi punca nyawa 21 pelajar dan dua guru melayang apabila mereka di bawa semula ke tempat kejadian dan diarahkan melakonkan semula perbuatan mereka di Jalan Keramat Hujung, semalam.
Menurut satu sumber, yang jelas melihat situasi berkenaan, tiada riak penyesalan yang tergambar di wajah suspek, mahupun reaksi sedih dari wajah mereka. Di gambarkan juga suspek seperti tiada perasaan.
Polis mengiringi kesemua suspek memasuki beberapa bahagian bangunan tahfiz dan kawasan persekitaran luar bangunan yang dipakaikan penutup muka.
"Kira-kira satu jam setengah, mereka selesai dibawa ke kawasan-kawasan tertentu untuk melakonkan semula pergerakan mereka ketika mahu membakar pusat tahfiz itu. Kemudian, mereka dikumpulkan dan duduk di satu tempat sebelum disoal polis.
"Ketika itu saya dapat lihat wajah mereka, nampak seperti tiada apa yang berlaku dan tidak menunjukkan reaksi insaf walaupun sudah melakukan satu jenayah terancang yang menggemparkan negara," katanya.
Sebelumnya, tujuh suspek yang dibawa semula ke lokasi kejadian dipercayai diarah melakokan semula bagaimana mereka membakar pusat tahfiz itu dari 2.40 petang hingga 4.45 petang semalam.
Kesemua suspek dibawa masuk melalui pintu belakang sebelum seorang daripada mereka dibawa ke kawasan taman tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz.
Polis menberikan kawalan ketat di seluruh kawasan berkenaan hingga bahagian hadapan yang menempatkan kaunter sumbangan untuk pusat tahfiz itu turut di tutup.


Post a Comment