Dobi Hanya Untuk Muslim Di Muar - Tuanku Idris Terkejut !

Dobi Hanya Untuk Muslim Di Muar - Tuanku Idris Terkejut !



Tuanku Idris melalui laman sosialnya melahirkan rasa terkejut dengan satu tajuk akhbar yang merujuk kepada kewuhudan sebuah premis perkhidmatan dobi layan diri yang hanya membenarkan orang islam sebagai pelanggannya.


A post shared by @tunku_idris on


" Benarkah ini ? Ini terlalu melampau. Saya terkejut! " tulisnya di laman Twitter.



Baginda juga turut berkongsi paparan yang menunjukkan papan tanda khas tersebut.

Nampaknya apa yang baginda rasa sama sepertimana yang di kongsi oleh Mufti Perlis,Dato Mohd Asri Zainul Abidin yang menganggap amalan tersebut adalah sempit.

Pemilik kedai pula yang di hubungi hanya meletakkan faktor kesucian adalah sebab utama kedai tersebut meletakkan syarat berkenaan.

Manakala Dato Noh Gadut,Penasihat Agama Negeri Johor melihat perkara itu sebagai bukan satu masalah kerana ianya menjamin pakaian suci dari najis berat.




No comments