Komen Padu Dato Red.



Rancangan AF Megastar yang menghimpunkan semula bekas pelajar-pelajar Akademi Fantasia, telahpun mengeluarkan peserta pada minggu pertama.


Adira Suhaimi isteri kepada Dato Red antara yang telah tersingkir awal.



Bagi Dato Red, tersingkirnya Adira rupa-rupanya telah di dalam jangkaannya.

"Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini.

Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak. Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi."

Namun, jika di teliti, memang bernas juga cakap suami Adira.

Adira bukanlah artis yang tidak punya produk baru malahan masih hangat di pasaran.



Lagipun mungkin hikmah tersingkir awal agar Adira dapat menghabiskan masa bersama anaknya, Anggrik.

No comments