Ini Sebabnya Tragedi Tahfiz Buatkan Dato Vida Terasa.
Beberapa hari ini, negara bersedih dengan tragedi hitam yang menimpa satu pusat tahfiz di Kuala Lumpur, Pusat Tahfiz Darul Quran Itifaqiyah.
Anak-anak kecil yang bakal mewarisi al Quran ini telah pergi dahulu , namun yang pasti tempat terbaik mereka telah tersedia di sana.
Tragedi itu juga telah membuat Dato Seri Vida amat terasa berikutan beliau juga kehilangan anaknya dalam kebakaran di rumahnya.
Berikut perkongsiannya.
Meratapi kisah pemergian anak tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, 14 September 2017
.
.
Semoga saudara dan sahabatnya
Tidak akan putus dan berhenti berdoa..
..hadiahkan Al-Fatihah sampai bila2
.
.
Saya terkenang..
Dua anak yg sdg tunggu saya di Syurga..
Syurga TERTINGGI seperti yg mrk selalu doakan..
.
.
Mmg payah nak terima awalnya
Tapi sampai skrg..
Saya rasa mereka seolah masih ada dgn Saya lg..
Walaupun dalam Memori sahaja..
Mereka menunggu...menunggu..
Saya di syurga..
Sebak..
Pedih..
Dan berdebar jantung
.
.
Bkn mudah yer syg..
Hadapilah dengan kuat
Mmg kena hadap..
Yg berlaku ini tidak byk beza..kebakaran..
Tapi 2 putera saya tak hangus..
Lemas asap..
Fizikal mayat mrk..
Tak tercalarpun..
Walau rumah saya tu..
Jadi abu..
..mrk dilindungi.. REDha .. takwA, pasrah saja..
Untuk raih kejayaan dan hikmah baiknya.. ADA UJIANYER..
Al-Fatihah..
Untuk anak2 tahfiz
Dan anak saya Eddy dan Edrie..
Semoga semuanya ditempatkan d syurga tertinggi
Aminnn.. .
BERTABAHLAH..
Keluarga arwah semua..
Mrk dijemput Ilahi..
Hari Jumaat..
Post a Comment