Akhirnya, Si Tanggang Dapat Pembalasan !
Memang layak di panggil si Tanggang. Remaja ini yang baru berusia 16 tahun sanggup memukul ibunya hanya kerana mahukan wang sedangkan masih bersekolah !
Video perilaku biadap remaja itu telah menjadi viral di media sosial.Dia bertindak memukul ibunya berkali-kali hanya kerana ibunya tidak menunaikan permintaannya yang mahukan wang belanja.
Kejadian itu di laporkan berlaku di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang. Ibunya merayu agar tidak di pukul namun remaja tersebut tidak mempedulikannya.
“Sakitlah Bang Long… sakit… duit ni ibu nak bawa untuk pergi kerja,” ujar mangsa.
Rakaman berdurasi 43 saat itu juga turut menunjukkan seorang warga emas yang dipercayai nenek remaja terbabit menyaksikan tindakan cucunya itu di hujung ruang tamu.
“Dah! Dah! Esok jangan sekolah. Tak payah sekolah. Ha, tumbuk muka nenek, tumbuk muka nenek yang tak nampak ni,” kata neneknya.
Bagi mengelakkan terus dipukul, ibunya memberikan sebahagian wangnya, namun dia mahu ibunya menyerahkan kesemua wangnya.
Bukan sahaja tergamak ‘naik tangan’ pada ibu sendiri, malah remaja itu sanggup mencaci maki wanita itu, malah mengugut mahu mengancam mangsa jika tidak memberi kesemua wang yang dipinta.
Di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab lagi kurang ajar remaja terbabit yang tidak menghormati ibu kandungnya sendiri dan selayaknya dilabel sebagai anak derhaka.
Tidak kurang juga ada yang mendesak pihak berkuasa menyiasat dengan segara kejadian itu agar diambil tindakan terhadap remaja terbabit.
“Inilah hasilnya terlalu memanjakan anak. Hasil terlalu melayan anak seperti raja yang akhirnya menyebabkan ibu bapa menjadi hamba kepada anaknya sendiri,” kata Nursyakila.
“Kurang ajar punya anak, sanggup kau belasah manusia yang besarkan kau dengan kasih sayang, tak cium bau syurga lah lahanat,” tulis Ghazi Adli.
Perkembangan terbaru, remaja tersebut telah ditahan polis dan ujian saringan air kencing turut di lakukan.
Post a Comment