Tips Bagaimana Menjemput Rezeki Datang Mencurah-Curah. Cuba Suami Amalkan Menyuap ...........

Tips Bagaimana Menjemput Rezeki Datang Mencurah-Curah. Cuba Suami Amalkan Menyuap ...........

Amalan menyuap makanan ke mulut isteri dan anak-anak makin dilupakan. Sekiranay anda amalkan tips ini secara Istiqomah Insha Allah rezeki pastinya akan datang mencurah-curah.

Semalam saya pergi ke hospital, tiba² datang seorang lelaki yang baik ajak saya duduk berbual. Beliau menceritakan masalah beliau yang selalu kesempitan wang dan tidak tenang.

Kadang² beliau merasakan sakit jiwa dan asyik bergaduh sahaja suami isteri.

Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macama mana dah," kata lelaki kepada saya.
Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya beliau.
Tak pernah ustaz,” jawabnya.
Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak?” saya terus bertanyakan soalan tetapi masih dijawab dengan jawapan yang sama.
Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah. Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah." sambung saya lagi mengeluarkah hujah.
Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala.
“Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya dan menceritakan apa yang saya buat dan jadikan amalan di rumah saya sendiri.
Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.
Apabila suasana rumahtangga harmoni dan saling sayang menyayangi insha Allah keluarga akan damai dan tenteram. 
Segala suka duka akan diharungi dan insha Allah rezeki tidak akan putus-putus mencurah dalam rumahtangga anda.
Jadikan ianya amalan dan istiqomah.

No comments