Para Ibu Boleh Cuba Buat SOSEJ Sendiri Kalau Mahu Anak Makan Hidangan Sihat!! Senang Sangat Buatnya...

Para Ibu Boleh Cuba Buat SOSEJ Sendiri Kalau Mahu Anak Makan Hidangan Sihat!! Senang Sangat Buatnya...

Sosej memang salah satu makanan kegemaran anak kecil. Kebiasaan ianya menjadi makanan sampingan sebagai makanan pagi ataupun petang.

Memang diakui sosej ataupun mana-mana instant food amatlah tidak digalakkan menjadi makanan harian anak-anak kecil.

Makanan segera yang diproses ini mempunyai kadar pengawet dan garam yang tinggi. Sudah tentunya ia tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak.

Puan Siti Zarina Jaidon di laman facebooknya telah berkongsi resepi cara-cara membuat sosej sendiri. Ianya lebih berkhasiat, bersih, halal dan amat senang di sediakan oleh para ibu.

Resepi sosej ayam
1 kg Isi Ayam
1 1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
1 gelas air / stok ayam
♡ boleh tambah /tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

Cara membuat:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk.

Kisar semua bahan-bahan tadi hingga hancur.

Masukkan ke dalam piping bag. Picit memanjang ke atas cling flim.

Ikat atas dan bawah ketat-ketat. 

Rebus di dalam air panas kira-kira 10 minit. Angkat dan sejukkan di dalam ais sebentar.

Toskan dan boleh la di goreng di atas pan fried. Kalau nak disimpan terlebih di dalam peti sejuk pun boleh juga.

Selamat mencuba!!

No comments